Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini telah boleh digunakan. Sebanyak 400 buah buku telah dipinjam oleh Unit Pengurusan Pusat Sumber, dengan kadar pinjaman 30 buah untuk tempoh seminggu bagi warga JBPM yang telah berdaftar menjadi ahli perpustakaan..
Harap maaf, kami sedang mengemaskini data katalog buku di dalam sistem WEBOPAC. .
Makluman Penggunaan Sistem Tempahan Bilik Perpustakaan
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Jabatan telah menyediakan satu Sistem Tempahan Bilik Perpustakaan secara dalam talian bagi memudahkan urusan penyelarasan dan pengurusan penggunaan bilik untuk sebarang aktiviti rasmi jabatan.
Tuan/Puan yang ingin menggunakan kemudahan bilik perpustakaan adalah dipohon untuk membuat tempahan melalui sistem ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan tempahan.
Akses Sistem Tempahan:
https://sites.google.com/bomba.gov.my/sistem-tempahan-perpustakaan/utama
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui emel ini: perpustakaan@bomba.gov.my..